ENGLISH:

This F.A.Q will displays the most common questions with answers for anything related to Teragears Website. In the event that the answer that you seek is not available, you may leave us some inquiry through our form by clicking HERE or you may chat with our customer service by clicking the box at the bottom right side of your browser and our customer service will try to respond to your inquiry as soon as possible.

(1) Are all displayed products in stock?

Yes.  “Out of Stock” will be displayed if any particular product is out of stock. In the event of the stock is unavailable, buyer will be contacted by our customer service as soon as possible.

(2) What are the courier service used for parcel delivery?

All the orders will be delivered by POSLAJU, PGEON DELIVERY, NATIONWIDE, NINJAVAN etc depending on the rate and the location of the receiver.

(3) When will my order dispatched out?

All orders will be dispatched out within 1-4 working days after the payment was made. No delivery will be made on Friday, Saturday and public holiday.

(4) When will i received my tracking number?

You will receive your tracking number the same day as when your order has been shipped out from our store. The tracking number will be update through your email address.

(5) Exchange policies:

  • Only size exchange allowed. No exchange allowed for product colour change.
  • Exchange only valid within 7 working days from the day the receiver received their orders (based on the tracking record on courier website)
  • The product tag must be intact as in the original condition.
  • Exchange is not valid for used product(s)
  • No exchange for product damaged due to abnormal usage
  • We have the right not to accept exchange if the tag is not intact and the product(s) is not in good condition.
  • Exchanged item will be sent out within  3-7 working days once the returned product(s) is received.
  • Please notify our customer service to highlight your intention for size/product exchange.
  • You may only shipped out the product(s) to be exchanged to our store once your intention had been made known to our customer service.
  • Please include the whole package excluding the free gift. Exchange will not happen unless all items are received by our side in the original condition.
  • Buyer to bear the cost of returning the product(s) to us.
  • Please include RM10 together with the parcel for the shipping charge. No shipping charge is required for the mistake made by our side (wrong size/colour/product or damaged product shipped out.
  • Once shipped out, please notify the tracking number to our customer service for tracking purposes.
  • The replacement product(s) will be shipped out once we have received and verified the condition of the product(s) shipped to us.

(6) Money Back Guarantee

  • 7-day money back guarantee is valid for all reasons. Product must be in the original condition and verified by our customer service before the refund is given.
  • The request for refund must be made within 7 days (including holiday/weekend) after receiving the product(s) based on the tracking record on the courier service website.

(7) Privacy Policy

  • We respect the privacy of each individual. All the information stored in our record will not be shared with third party.
  • Personal information stored in our record might be used by us for marketing and promotion.

Bahasa Malaysia:

Ruangan F.A.Q memaparkan beberapa soalan lazim beserta jawapan yang biasa ditanya oleh pelanggan kami terutamanya berkaitan dengan pembelian di laman web Teragears. Sekiranya jawapan yang anda cari tiada di ruangan ini, anda boleh menulis pertanyaan anda dengan menekan di SINI. atau dengan menekan butang dengan penjuru bawah kanan ‘browser’ anda untuk berhubung dengan staf khidmat pelanggan kami.

(1) Adakah semua produk yang dipaparkan di laman web ini mempunyai stok?

Ya. Label “Out of Stock” akan kelihatan sekiranya produk yang dipaparkan telah KEHABISAN stok. Sekiranya berlaku keadaan di mana stok tidak ada, pembeli akan dihubungi secepat mungkin oleh staf khidmat pelanggan kami.

(2) Apakah perkhidmatan kurier yang akan digunakan untuk penghantaran?

Semua penghantaran akan menggunakan khidmat kurier POSLAJU, PGEON DELIVERY, NATIONWIDE, NINJAVAN dan lain-lain bergantung kepada kadar caj serta lokasi penghantaran.

(3) Bila barang saya akan dihantar keluar?

Setiap tempahan akan dihantar 1-4 hari (bekerja) selepas pembayaran dibuat. Tiada penghantaran yang akan dibuat pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

(4) Bila saya akan menerima nombor pengesanan?

Anda akan menerima nombor pengesanan anda pada hari yang sama tempahan anda telah dihantar keluar. Nombor pengesanan akan diberikan melalui alamat emel anda.

(5) Polisi penukaran

  • Hanya penukaran saiz sahaja dibenarkan. Penukaran warna produk tidak akan dilayan.
  • Penukaran hanya sah dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh produk telah diterima oleh pembeli (merujuk kepada rekod penghantaran di laman sesawang kurier).
  • Pemulangan hanya boleh dilakukan jika tag belum dicabut.
  • Pemulangan hanya sah untuk item yang belum diguna sahaja.
  • Tiada penukaran untuk produk yang rosak akibat dari penggunaan di luar kebiasaan.
  • Kami berhak untuk membatalkan proses penukaran dan pos semula kepada anda jika didapati produk telah digunapakai/tag telah dicabut.
  • Pengeposan semula akan dibuat antara  3-7 hari bekerja selepas produk yang dipulangkan sudah diterima.
  • Sila hubungi dan maklum staf khidmat pelanggan kami berkenaan niat anda untuk membuat penukaran produk.
  • Sila pastikan anda hanya mengepos produk kepada kami untuk ditukar selepas anda memaklumkan kepada staf khidmat pelanggan kami.
  • Sila sertakan keseluruhan produk (tidak termasuk barang percuma). Penukaran tidak akan berlaku selagi tidak semua produk diterima.
  • Pembeli akan menanggung kos penghantaran kepada kami.
  • Sila sertakan RM10 bersama-sama produk untuk membayar kos penghantaran. Tiada caj dikenakan keatas kes dimana kesilapan berpunca dari pihak kami.
  • Setelah dibuat penghantaran, sila maklumkan ‘tracking number’ kepada staf khidmat pelanggan kami untuk tujuan pengesanan.
  • Produk penukaran hanya akan dihantar keluar setelah produk yang dipulangkan telah diterima dan disemak keadaannya.

(6) Jaminan Wang Dikembalikan

  • Jaminan 7 hari wang dikembalikan adalah sah untuk semua sebab. Produk mesti berada dalam keadaan asal dan disahkan oleh staf khidmat pelanggan kami sebelum pemulangan wang dibuat.
  • Permohonan untuk wang dikembalikan mesti dibuat dalam masa 7 hari (termasuk hari cuti) setelah produk diterima oleh anda berdasarkan rekod pengesanan di laman sesawang.

(7) Dasar Privasi

  • Kami menghormati privasi setiap individu. Setiap maklumat yang disimpan di dalam rekod kami tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga.
  • Maklumat peribadi yang disimpan di dalam rekod kami mungkin akan digunakan oleh kami untuk tujuan pemasaran serta promosi.