Penggemar Aktiviti Outdoor Sudah Boleh Melepas ‘Gian’ Bermula 4 Mei

Aktiviti outdoor akan boleh dilakukan secara terkawal dan berhati-hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri; Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata aktiviti – aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan turut tidak dibenarkan buat masa ini sehingga dimaklumkan kelak.

Aktiviti yang tidak dibenarkan termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium kerana aktiviti ini akan berisiko menyebabkan berlakunya perkumpulan dalam bilangan yang ramai.

aktiviti outdoor

 

Bagaimanapun, aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.

Katanya lagi, “Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil yang tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Tetapi yang lebih penting ialah diri kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri. Jaga kebersihan diri kita. Jangan keluar rumah kecuali jika perlu. Patuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa. Pakai penutup hidung dan mulut bila keluar ke tempat awam. Bawa hand sanitizer. Seboleh-bolehnya, jadikan bekerja dari rumah sebagai amalan norma baharu.

Anda yang merupakan ketua keluarga, ketua masyarakat juga mesti memainkan peranan. Nasihat anak-anak, anggota masyarakat supaya sentiasa berhati-hati. Elakkan perkumpulan beramai-ramai di kejiranan kita.”

Teks penuh ucapan PM: Klik sini

Apa maksudnya untuk penggemar aktiviti outdoor?

Bermula 4 Mei 2020, rakyat Malaysia kini sudah boleh keluar rumah bagi melakukan aktiviti outdoor yang mereka gemari dengan syarat tidak melibatkan perkumpulan melebihi 10 orang.

Rancang aktiviti outdoor anda selagi tidak melanggar syarat ini serta dengan memastikan aspek keselamatan dan kesihatan seperti memakai face mask dan menggunakan hand sanitizer dengan kerap sekiranya perlu.

Aspek penjarakan sosial (social distancing) juga antara perkara utama yang perlu diberi perhatian khusus ketika anda berada di luar rumah atau dimana sahaja anda berada. Ini adalah penting bagi mencegah penularan COVID-19 dan memburukkan keadaan semasa yang sedang menunjukkan trend menurun.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mula merancang aktiviti anda yang seterusnya dan enjoy aktiviti outdoor anda secara berhemah!

Recommended: Seluar Terrain v3.1

Leave a Reply