Tiada Ekspedisi Ke Gunung Everest Sehingga Penghujung April

Kerajaan Nepal menggantung visa pelancong serta membatalkan kesemua ekspedisi pendakian ke Gunung Everest sekurang sehingga penghujung bulan April ini.

Everest

Gunung Everest bakal sunyi dari ekspedisi pendakian. Keputusan ini dikeluarkan sehari selepas World Health Organization (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai suatu pandemik dan menggesa semua negara mengambil langkah yang serius menangani penularan COVID-19.

Namun menurut sumber rasmi kerajaan, sekiranya dalam keadaaan terdesak pelancong asing masih boleh memasuki Nepal tetapi mereka perlu terlebih dahulu menghantar laporan perubatan yang mengisytiharkan baharu mereka bebas dari coronavirus kepada konsulat Nepal di negara yang mereka diami.

Perkembangan ini bakal menyebabkan kerajaan Nepal kehilangan sekitar RM17.6 billion hasil dari mengeluarkan permit pendakian pada setiap tahun.

Sebelum itu, China telah terlebih dahulu membatalkan kesemua ekspedisi pendakian ke Gunung Everest melalui Tibet akibat dari penularan COVID-19 di sana.

BACA LANJUT: 5 Lokasi Hiking Daypack Best di Semenanjung Malaysia

Kebiasaannya, pendaki akan memohon permit untuk mendaki gunung bermula dari bulan Mac bagi memulakan pendakian Gunung Everest pada bulan April di mana sebahagian besar percubaan menawan puncak dibuat sebelum ini.

Apakah impak dari ‘penutupan Gunung Everest’?

  • Kerajaan akan kehilangan sumber kewangan hasil dari pengeluaran permit untuk aktiviti pendakian gunung
  • Operator yang membekalkan servis terutamanya berkaitan perlancongan seperti perhotelan, jurupandu dan potters, syarikat penerbangan dan banyak lagi akan terjejas teruk.

Mari kita sama – sama mengambil langkah proaktif dengan menjaga kebersihan, mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan risiko dan membendung penularan COVID-19 ini.

Anda mungkin suka:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *