5 Lokasi Hiking Daypack ‘Best’ Di Semenanjung Malaysia Untuk Kaki Gunung

Hari – hari tengok member update gambar-gambar view hiking daypack di puncak – puncak gunung di media sosial. Tak cemburu ke?

Artikel ini diwujudkan khas untuk mereka yang baru nak mencuba aktiviti trekking dan hiking tetapi tidak tahu dimana hendak bermula. Anda boleh bermula dengan 5 lokasi hiking daypack ini!

Kesemua lokasi yang kami senaraikan dan kongsikan di dalam artikel ini sangat sesuai untuk hiking daypack pada hujung minggu anda kerana tidak mengambil masa yang terlalu lama dan tidak perlu bermalam.

1. Bukit Broga
bukit-broga

Kalau sesiapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang, paling kurang mesti pernah dengar tentang Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk mereka yang baru bermula dengan aktiviti hiking.

Trek laluan untuk ke puncak tidak mengambil masa yang lama dan tahap kesukarannya juga biasa – biasa sahaja. Boleh jadi, akan ada 2 – 3 pasangan yang sedang buat sesi wedding photography di situ tau!

Bukit Broga ini agak ‘gondol’, kalau anda mula mendaki sedikit lewat maka bersiap sedialah berpanasan sepanjang perjalanan ke puncak.

Lagi satu, disebabkan akses ke Bukit Broga ini agak mudah maka silap haribulan, anda mungkin perlu beratur untuk tiba di puncak beb.

hiking daypackKesimpulan
Lokasi: Semenyih, Selangor. 50 minit memandu dari Kuala Lumpur.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan.

2. Bukit Batu Putih

hiking daypackMahukan view pantai yang indah tanpa perlu hiking berjam-jam? Bukit Batu Putih pastinya menjadi pilihan anda.

Disini, anda boleh layan kedua – dua view sunrise dan sunset. Jadi, kalau terlepas nak layan sunrise, layan sunset pon boleh.

Terdapat satu rumah api di Tanjung Tuan yang dinamakan Cape Rachado lighthouse yang merupakan rumah api yang pertama di Malaysia yang dibina pada abad ke-16, ketika penjajahan Portugis.

BACA LANJUT: portdickson info

bukit-batu-putih-exitKesimpulan
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan. 1 jam 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan.

3. Bukit Kodiang

Bukit Kodiang atau lebih dikenali sebagai Bukit Mokcun terletak nun jauh di Kodiang, Kedah.

Bukit Kodiang kini semakin terkenal dikalangan pendaki kerana pemandangan sawah padi yang pastinya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya dari puncak.

Tetapi awas, trek laluannya bukan seperti kebiasaan trek yang lain. Pendaki terpaksa menaiki banyak tangga yang curam dan memerlukan kekuatan tangan dan kaki berbanding kebiasaan.

Kesimpulan
Lokasi: Kodiang, Kedah. 6 jam memandu dari Kuala Lumpur.
Durasi pendakian: 20 – 40 minit
Tahap kesukaran: 4/5
Guide: Tidak diperlukan. (Berhati – hati ketika menaiki dan menuruni tangga!)

Baca: 9 barang wajib bawa untuk trip dayhike [Ebook]

 

4. Bukit Gasing 

hiking daypack

Tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan malas nak travel jauh – jauh untuk hiking daytrip? Kini tiada lagi alasan.

Bukit Gasing terletak di tengah-tengah kota yang sesak iaitu Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Tempat ini telah merupakan trek popular bagi warga kita untuk melakukan aktiviti hiking santai di hujung minggu bersama keluarga dan rakan – rakan.

Anda boleh menghayati pemandangan dari Watch Tower serta melalui jambatan gantung yang merupakan antara tarikan utama disini.

hiking daypackKesimpulan
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor. 15 minit memandu dari Kuala Lumpur.
Durasi pendakian: 2 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Tidak diperlukan.

5. Gunung Pulai 


Gunung Pulai yang terletak di Johor ini merupakan antara destinasi hiking yang sangat terkenal di Selatan Malaysia. 

Pendaki boleh memilih sama ada ingin melalui trek jalan tar ataupun trek hutan untuk tiba di atas. Terdapat kem tentera di puncak Gunung Pulai jadi para pendaki sudah pasti tidak boleh mendaki sehingga ke puncak.

Namun terdapat port – port sebelum tiba di puncak yang selalu menjadi tempat lepak dan berswafoto oleh pendaki yang tiba disitu.

Gunung Pulai juga sangat terkenal di kalangan rakyat Singapura dan sudah pasti pada setiap hujung minggu kelihatan banyak kereta yang mempunyai nombor plat Singapura berkunjung disini untuk hiking daypack.

hiking daypackKesimpulan
Lokasi: Kulai, Johor. 4 jam memandu dari Kuala Lumpur.
Durasi pendakian: 40 minit – 2 jam (Bergantung pada trek yang dipilih)
Tahap kesukaran: 2.5/5
Guide: Perlu sekiranya anda pertama kali dan memilih trek hutan

Anda mungkin suka:

Leave a Reply