fbpx

Sesat dalam hutan? Cari pokok ini!

tersesat di hutan

Ikhtiar hidup? Seringkali kita mendengar di media dan portal berita berkenaan kes kehilangan atau tersesat di hutan. Ada sebahagiannya, mangsa yang dilaporkan hilang tidak dapat ditemui dan ada pula yang berjaya ditemui.

Sekiranya anda dan rakan-rakan anda gemar untuk masuk ke dalam hutan untuk beraktiviti seperti mendaki gunung, berkhemah dan seumpamanya, maka mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ikhtiar hidup adalah amat penting kerana ini boleh membantu meningkatkan survival rate anda.

Pengetahuan dan kemahiran asas ikhtiar hidup adalah sangat luas dan perlu dipelajari oleh semua orang.

3 kegunaan banir dalam ikhtiar hidup ini boleh menambahkan survival rate anda sekiranya anda tersesat di dalam hutan.

 

akar banir

Untuk makluman anda, struktur diatas ini dipanggil banir.

Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.

3 kegunaan banir yang ramai tidak ketahui:

#1 Menghantar isyarat kepada penyelamat dan pendaki lain ketika kecemasan

>>Tonton video di youtube<<

Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini?

1️⃣ Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan

2️⃣Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat

3️⃣Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain

4️⃣Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar

Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika mengetuk banir

#2 Sebagai tempat berteduh dan berlindung sementara menunggu bantuan tiba

Banir yang bersaiz agak besar boleh digunakan sebagai tempat untuk kita berteduh dari hujan dan juga untuk kita berehat sementara menunggu bantuan tiba.

Bayangkan kita tersesat di dalam hutan tanpa membawa khemah, ataupun khemah yang kita bawa telah rosak. Terutamanya di malam hari, pastinya tempat berlindung ini amat penting untuk menjamin keselamatan kita semasa kita sedang berehat ataupun tidur.

Bagaimana hendak membuat pondok ikhtiar hidup dengan menggunakan banir serta sumber di dalam hutan? 

1️⃣ Kenalpasti banir yang bersesuai dan mempunyai saiz yang mampu memuatkan kita di dalamnya 

2️⃣ Pastikan lokasi banir yang kita pilih tidak berada di dalam laluan air kerana ini boleh menyebabkan air bertakung di dalam pondok kita.

3️⃣ Gunakan daun – daun atau dahan yang bersesuaian sebagai ‘lantai’ pondok.

ikhtiar hidup

4️⃣ Bina rangka berbentuk segitiga menggunakan batang dari pokok-pokok berhampiran kita dan sandarkan pada banir.

5️⃣ Kumpul dan susun dahan pokok yang bersesuaian (seperti pohon nipah) untuk dijadikan atap dan dinding pondok.

ikhtiar hidup

6️⃣ Selepas berpuashati, buat bukaan kecil dibahagian bawah pondok sebagai laluan untuk kita keluar dan masuk.

Mencari seluar untuk aktiviti outdoor anda? KLIK SINI untuk mendapatkan tips dari pakar hutan

TIPS PENTING!

✔️ Pastikan pohon nipah disusun rapat dan kemas sehingga cahaya tidak boleh menembusi ke bahagian dalam pondok.

✔️ Parang sangat – sangat penting dan membantu mempercepatkan proses membina pondok ikhtiar hidup

✔️ Pastikan batang pokok, daun dan dahan yang digunakan diteliti dahulu dan tidak mempunyai serangga atau binatang berbisa padanya.

ikhtiar hidup

 

#3 Struktur perlindungan semulajadi disaat genting ketika di dalam hutan

Pernah tak anda mengalami suasana genting di dalam hutan seperti dikejar binatang buas, gempa bumi ataupun pokok tumbang?

Pastinya di saat genting sebegini, berdiam diri di tempat dimana anda berada terutamanya di tempat yang terbuka adalah sangat berbahaya!

Ketika di saat genting sebegini, ada beberapa langkah penting yang perlu anda buat bagi mengeluarkan diri anda dari suasana bahaya ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kecederaan yang boleh menimpa diri anda.

Langkah – langkah yang perlu diambil disaat genting ataupun kecemasan? 

1️⃣ Perhatikan dan kenalpasti sumber ancaman yang datang dalam 1-5 saat yang pertama

2️⃣ Rancang lokasi/arah yang patut anda tujui bagi mengeluarkan diri anda dari suasana bahaya

3️⃣ Berlari ke arah lokasi/struktur yang telah anda rancang dengan segera

4️⃣ Struktur seperti banir mampu mengeluarkan anda dari suasana bahaya kerana banir yang besar akan memberikan anda ‘camouflage’ serta perlindungan kerana strukturnya yang kukuh.

Semoga selepas anda membaca artikel tentang 3 kegunaan banir sebagai ikhtiar hidup yang ramai tidak tahu ini boleh membantu anda sekiranya anda berhadapan dengan situasi genting.

Jangan lupa TAG & SHARE info berguna ini kepada kawan-kawan anda. Info ini mungkin mampu menyelamatkan nyawa.

Leave a Reply