fbpx

Pasca Gempa Bumi, Gunung Rinjani Bakal Jadi Gunung Syariah

https://rinjaninationalpark.com
https://rinjaninationalpark.com
Sumber ihsan dari https://rinjaninationalpark.com

 

Bagi pendaki-pendaki dan pencinta alam, pasti nama Gunung Rinjani biasa terngiang-ngiang di telinga dan menjadi bualan mulut.

Julai 2018, dunia dikejutkan dengan kejadian gempa sekuat 6.4 magnitud yang berlaku di Lombok dan mengorbankan serta mencederakan ramai orang.

Sejak dari itu, Gunung Rinjani telah ditutup kepada sebarang bentuk lawatan dan pendakian.

14 Jun yang lepas, Gunung Rinjani telah kembali dibuka kembali kepada orang awam untuk dikunjungi.

Pihak Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sedang mempertimbangkan untuk mengenakan peraturan patuh syariah kepada semua pengunjung lokasi tumpuan pelancong tersebut.

“Perkara ini masih dibincangkan, kami dalam usaha untuk melaksakan peraturan itu,” kata Ketua TNGR, Sudiyono seperti yang dilaporkan portal berita The Jakarta Post.

Sekiranya peraturan baru ini dilaksanakan, ini bermakna semua pendaki bujang lelaki dan perempuanakan berkhemah di 2 lokasi yang berbeza dimana pendaki lelaki di sebelah kanan dan pendaki perempuan di sebelah kiri tapak perkhemahan.

Sumber ihsan dari http://nadzirahata.blogspot.com/2017/06/part-2-rinjani-aku-datang.html

 

Menurut Sudiyono lagi, peraturan ini dicadangkan oleh daripada penduduk yang tinggal di sekitar Gunung Rinjani. Penduduk disitu percaya bahawa kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun lalu adalah disebabkan oleh aktiviti yang tidak bermoral dilakukan oleh para pendaki terdahulu.

Bagaimana pun, pendaki yang sudah berkahwin adalah dibenarkan untuk duduk di khemah yang sama.

Jadi bagaimana, anda sudah bersedia untuk menjejakkan kaki di lokasi yang menjadi tumpuan pendaki dari seluruh dunia ini?

SHARE THIS ARTICLE

Leave a Reply