fbpx

Doktor bagi MC untuk mendaki gunung! Biar betul?

SHOP NOW_teragears_hiking_outdoor

Doktor bagi MC untuk mendaki gunung! Biar betul?

Pelik bila dengar ada doktor suruh MC lepas tu panjat gunung! Tidak dinafikan kebanyakkan daripada kita sangat sibuk dengan urusan kerja serta kehidupan di bandar. Kajian telah dijalankan di Scotland tentang kesan sampingan daripada kerja boleh membawa kepada sakit seperti darah tinggi, anxiety dan depression.

Oleh itu, banyak doktor di Scotland telah mengeluarkan “nature prescription”. Best kan dengar. “Nature prescription” ini adalah alternative bagi doktor untuk proses pemulihan pesakit selain dari menggunakan ubat. Institusi perubatan di Scotland sekarang sedang menjalankan kajian tentang alternative yang “awesome” ni. Harapan para doktor adalah agar program ini boleh mengurangkan kegunaan ubat dengan cara natural dan mudah.

Yang paling best bukan hiking sahaja yang terbukti boleh menghilangkan rasa sakit, berbasikal dan renang juga boleh membantu. Ia semudah keluar melakukan aktiviti yang berpeluh serba sedikit dapat membantu dalam merawat sakit yang kita alami.

Untuk Malaysia, masih belum lagi ada pendekatan seumpama ini (walaupun ramai diantara kita memang mencari ketenangan di hutan). Kita hanya boleh berharap Malaysia suatu hari nanti akan mengambil langkah yang sama dengan Scotland dan menerapkan “nature prescription” sebagai salah satu rawatan pesakit.

Alam flora dan fauna yang Tuhan jadikan untuk kita menikmati dan mengagumi kebesaran tuhan. Banyak bukti bahawa alam semula jadi boleh membantu dalam ketenangan bukan sahaja fizikal tetapi juga minda kita. Selamat menikmati keindahan alam semua!

Leave a Reply