fbpx

Tips Pilih Seluar Hiking dan Outdoor dari Pakar Hutan

tips-pilih-seluar-hiking-dari-otai

Pening dan tak tahu mana hendak bermula? Sekiranya anda sedang mencari seluar hiking dan seluar outdoor, anda berada di tempat yang tepat untuk bermula.

Anda pasti telah membuat carian di enjin carian seperti ‘Google’ ataupun ‘Bing’. Kemudian, anda pasti berasa lebih keliru kerana terdapat terlalu banyak pilihan seluar yang berada di pasaran.

Disini, kami ingin berkongsi 6 ciri – ciri yang perlu anda lihat semasa memilih seluar yang sesuai dengan anda. Yang pasti, pilihan anda itu hendaklah berada dalam lingkungan bajet anda!

6 Ciri – ciri yang perlu anda lihat semasa memilih seluar outdoor dan seluar hiking

#1 FABRIK CEPAT KERING (QUICK DRY FABRIC)

Pertama sekali, apabila masuk kedalam hutan, pastinya kita akan cuba untuk tidak membawa pakaian yang banyak kerana itu akan menambahkan bebanan kita terutamanya bagi trip yang memakan masa yang lama.

Ini bermaksud, kita akan menggunakan seluar yang sama untuk satu tempoh melebihi kebiasaan (lebih dari 1 hari).

Bayangkan jika kita terpaksa meredah sungai atau hujan turun tanpa henti sepanjang trip kita? Seluar outdoor yang lambat kering akan menyebabkan air semakin banyak terkumpul dan seluar akan menjadi berat.

Air terkumpul = berat bertambah = semakin penat!

Bukan itu sahaja, kita juga akan berasa tidak selesa sepanjang menjalankan aktiviti kita kerana memakai seluar yang basah.

Jika anda berterusan menggunakan seluar yang basah untuk suatu tempoh yang lama, perkara ini juga boleh menyebabkan kulit anda melecet!

#2 MEMERI (STRETCHABLE)

Keduanya, seluar hiking dan seluar outdoor yang ‘stretchable’ ini membantu memudahkan pergerakan kita sewaktu di dalam hutan. Bayangkan sekiranya kita perlu melangkah dan melompat diatas batu besar ataupun mendaki tebing yang curam.

Semestinya seluar outdoor dan hiking yang stretchable ini mampu memberikan keselesaan dan kelebihan kepada anda disamping mengelakkan daripada pergerakan kita tersekat.

Pendekar Rimba menggunakan Seluar Terrain V3 – Moss Green

#3 TAHAN LASAK (DURABLE)

Siapa yang mahu sekiranya seluar outdoor dan hiking yang mereka pakai terkoyak ketika mereka sedang memakainya.

Ditambah pula sedang berada jauh di dalam hutan simpan bersama member hiking yang lain dan tiada seluar ‘spare’… Malu beb!

Takkan nak tampal dengan daun-daun pula. Bayangkan berhari-hari anda dalam keadaan begini. Aduh!

Recommended: Seluar Terrain V3

#4 RINGAN (LIGHTWEIGHT)

Siapa yang mahu membawa beban yang lebih, terutamanya untuk trip hiking yang memerlukan anda bermalam. Setiap pertambahan berat itu bakal melambatkan dan menyebabkan kita cepat berasa penat.

Jadi, seluar hiking yang ringan sangat-sangat membantu melancarkan aktiviti hiking dan camping anda!

#5 SELESA PADA KULIT (SKIN – FRIENDLY)

Ada sesetengah seluar outdoor dan hiking yang menggunakan fabrik yang boleh menyebabkan kegatalan kepada kulit anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Ada juga sesetengah fabrik yang agak kesat dan sekiranya digunakan untuk tempoh masa yang lama mungkin boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan.

Pastikan kita telah mendapatkan pendapat dan membaca ‘review’ dari pengguna serta kenalan yang telah menggunakan seluar outdoor dan hiking tersebut sebelum membuat sebarang pembelian.

#6 MEMPUNYAI BANYAK POKET

Semestinya apabila masuk kedalam hutan, anda tidak mahu tangan anda sentiasa penuh memegang barang-barang kecil seperti coklat, wisel dan seumpamanya.

Tetapi, pada masa yang sama anda tidak mahu meletakkannya di dalam beg yang anda sedang pakai kerana hal ini akan menyukarkan anda untuk mengambilnya kembali disaat anda memerlukannya.

Seluar outdoor dan hiking dengan poket yang banyak membolehkan anda menyimpan dan mengambil barang-barang ini dengan mudah dan pantas semasa ‘on the go’!

Adalah menjadi suatu bonus sekiranya setiap poket itu cukup dalam dan mempunyai zip bagi mengelakkan barang-barang dari terjatuh ketika anda sedang mendaki!

Seluar hiking seluar outdoor

Semoga sedikit perkongsian ini membantu anda memilih seluar yang terbaik untuk aktiviti hiking dan camping anda!

Anda rasa artikel ini bermanfaat kepada anda? Jangan lupa kongsikannya di media sosial untuk berkongsi manfaatnya dengan rakan – rakan anda!


PLAY VIDEO DIBAWAH UNTUK MELIHAT RECOMMENDATION DARI JUNGLE EXPERT:

3 thoughts on “Tips Pilih Seluar Hiking dan Outdoor dari Pakar Hutan

  1. Pingback: Sesat dalam hutan? Gunakan akar banir ini sebagai ikhtiar hidup!

  2. Pingback: Trip hiking? Jangan ikut trip hiking kalau tiada 7 barang wajib bawa ini.

  3. Pingback: Mabuk gunung? Baca tips ini untuk elakkan dari terkena mabuk gunung.

Leave a Reply