fbpx

Ternampak tapak kaki haiwan di dalam hutan? Mungkin ini pemiliknya

Tips-Mengenal-Haiwan-Melalui-Tapak-Kaki

Bagi kaki hiking  dan outdoor, keluar dan masuk ke dalam hutan, mendaki gunung, merentasi sungai-sungai dan menikmati keindahan alam semulajadi adalah perkara rutin. Tetapi ada masanya, kita mungkin  terserempak dengan haiwan liar ataupun peninggalan mereka seperti kesan tapak kaki.

Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, kita mungkin tersilap membuat keputusan ketika menghadapi keadaan-keadaan sebegini.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Langkah yang terbaik adalah untuk kita mengelakkan daripada terserempak dengan haiwan liar bagi mengelakkan peristiwa yang tidak diingini daripada berlaku. Namun, jika ditakdirkan kita terserempak, apa yang perlu kita lakukan?

Disini, kami akan kongsikan secara ringkas tips untuk anda mengenali tapak kaki haiwan yang anda mungkin akan terjumpa ketika di dalam hutan. Jom kita tengok satu persatu cara mengenali tapak kaki dan cara menyelamatkan diri.

#1 HARIMAU BELANG

harimau-belang-hutan-outdoor-hiking

Harimau belang (panthera tigris) menpunyai tubuh yang besar dan berbadan berbelang-belang. Harimau belang ini kebiasaannya bergerak sendirian. Harimau ini mempunyai kawasan atau wilayah-wilayah yang tersendiri, ia ditandakan dengan air kencingnya.

Kebiasaannya harimau ini akan lari sekiranya menghidu bau manusia. Harimau ini tidak agresif sekiranya tidak diganggu tetapi sekiranya dirasakan terancam, harimau belang boleh bertindak secara agresif. Jadi berhati-hati. Jangan sesekali buat harimau itu naik marah.

MENGENALI KEHADIRANNYA

tapak-kaki-harimau-belang-hutan-hiking
  • Jika terjumpa tapak tapi tidak berbau hamis, anda tidak perlu risau kerana mungkin si belang sudah berada jauh dari anda.Tapi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
  • Jika terjumpa tapak kaki tapi berbau hamis dan hancing yang sederhana, anda baru saja melalui wilayahnya. Ambil langkah berhati-hati tetapi jangan terburu-buru.
  • Jika terjumpa tapak kaki atau tidak tetapi menghidu bau hamis yang sangat-sangat kuat, si belang mungkin berada di sekitar kawasan itu.Anda di nasihatkan berhati-hati.
  • Juga dapat dikesan melalui cakaran pada pokok
  • Melalui ngauman si belang.Jika bunyinya kuat,si belang mungkin berada 2 batu jauh dari tempat anda,tapi jika bunyinya perlahan si belang mungkin berada hampir dengan anda. Awas!
  • Terjumpa bangkai haiwan yang masih elok dengan kesan gigitan yang baru,mungkin si belang berada hampir dengan anda.

TINDAKAN YANG PERLU DI LAKUKAN

  • Menjerit sekuat-kuatnya untuk menakutkan si belang atau guna bahan letupan seperti mercun
  • Jika bermalam buatlah unggun api atau senjata.
  • Jika berhadapan dengan si belang,jangan sesekali pusingkan badan anda kerana tengkuk adalah sasarannya. Anda di nasihatkan berundur dengan perlahan-lahan.
  • Bertawakallah kepada Allah (kebiasaannya manusia bukan makanannya).

#2 HARIMAU KUMBANG

harimau-kumbang-hutan-outdoor

Harimau kumbang biasanya di malaysia berwarna hitam tapi ada sedikit tompok-tompok di badan si kumbang.Si kumbang memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang,berkaki pendek dan pandai berenang.

Kebiasaan harimau ini menyerang mangsa dari atas pokok dan jarang menyerang mangsa melalui darat. Seperti harimau belang, harimau kumbang juga kebiasaannya akan melarikan diri jika terhidu bau manusia.

MENGENALI KEHADIRANNYA

  • Terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan pokok
  • Jika terjumpa tapak kaki (lebih kecil dari si belang) dan berbau hamis
  • Jika berbau hamis terlalu kuat, dinasihatkan anda berwaspada kerana mungkin si kumbang ini berada hampir dengan anda atau mengekori anda.
  • Terjumpa bangkai haiwan yang baru dengan gigitan dan perdarahan berada di atas pokok

TINDAKAN YANG PERLU DI LAKUKAN

  • Menjerit sekuat-kuatnya untuk menakutkan si kumbang ini
  • Menggunakan bahan letupan seperti mercun
  • Membuat unggun api atau senjata untuk menakutkan si kumbang
  • Berdoa dan bertawakallah

Apa nak buat jika tersesat dalam hutan? Tips ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda: [KLIK SINI]

#3 BABI HUTAN

babi-hutan-hutan-outdoor

Babi hutan dapat di kesan jika anda terlihat tanah yang di gembur-gemburkan. Haiwan ini jenis berkuku, bertaring dan mempunyai hidung yang kuat dan sensitif. Saiz babi hutan mungin lebih besar dari seekor kambing.

Haiwan ini sangat garang terutamanya si betina yang mempunyai anak dan aktif pada waktu senja dan malam. Haiwan ini suka tinggal di kawasan yang berkelembapan tinggi.

MENGENALI KEHADIRANNYA

  • Terlihat tapak kaki atau tanah yang di gembur-gemburkan
  • Bunyi yang kuat (babi hutan dewasa), bunyi yang nyaring (babi hutan betina)
  • Terlihat kesan lumpur pada pokok. Ini kerana babi hutan memang suka bergesel pada pokok.
  • Terjumpa sarangnya seperti timbunan daun-daun atau ranting-ranting yang membentuk seperti busut.

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN

  • Jika anda dikejar,anda hendaklah berlari secara kiri dan kanan (zig zag). Haiwan ini berlari secara lurus dan laju. Jika anda anda berlari secara lurus, peluang anda untuk disondol adalah sangat tinggi!
  • Jika anda berhadapan dengan haiwan ini, jangan cemas. Berundur secara perlahan dan tunggu tindakan haiwan ini. Jangan sesekali membuatkan haiwan ini terkejut.

#4 GAJAH

gajah-hutan-outdoor

Gajah di Malaysia adalah lebih kecil berbanding gajah dari negara Afrika. Jangka hayat untuk gajah hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini suka tinggal di hutan dara atau hutan sekunder.

Haiwan ini suka berehat ketika keadaan cuaca menjadi panas serta mempunyai daerah atau kawasan sendiri untuk mencari makanan. Gajah pandai berenang, cerdik dan pantas berlari.

MENGENALI KEHADIRANNYA

  • Terlihat tapak kaki atau najis yang masih baru.
  • Terlihat pokok yang tumbang

TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL

  • Jika anda terjumpa tahi gajah yang lama atau bulat, anda di nasihatkan berada jauh dari kawasan ini. Ini kerana kawasan tersebut adalah daerah haiwan ini.
  • Apabila di kejar oleh haiwan ini, carilah pokok yang lebih besar untuk menyembunyikan diri anda atau panjat pokok yang lebih tinggi dari haiwan tersebut
  • Jangan cemas. Tunggu dan perhatikan tindakan haiwan tersebut. Haiwan ini sangat agresit apabila tiba musim mengawan

Tidak kira haiwan apa yang mungkin anda terserempak, elakkan daripada mengambil sikap terburu-buru yang boleh memburukkan keadaan.

Dengan mengenali tapak kaki haiwan yang anda temui di dalam hutan, anda mampu merancang dan menentukan tindakan seterusnya yang bersesuaian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku!

Pastikan anda melengkapkan diri dengan kemahiran asas di dalam hutan serta mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk trip anda.

One thought on “Ternampak tapak kaki haiwan di dalam hutan? Mungkin ini pemiliknya

Leave a Reply