7 barang wajib bawa bila ikut trip hiking

Trip hiking dan camping?

Sekiranya anda kali pertama mahu mengikuti sebarang trip hiking dan camping, semestinya memilih barang apa yang perlu dibawa adalah antara perkara yang akan menyebabkan anda berasa runsing.

Terdapat banyak faktor yang perlu difikirkan dalam memilih barangan yang sesuai untuk trip hiking dan camping anda seperti keadaan muka bumi laluan trek, keadaan cuaca (hujan/kemarau), ketinggian gunung/bukit, tempoh durasi dan banyak lagi.

Disini, kami kongsikan 7 barang wajib yang perlu anda bawa bagi setiap trip hiking dan camping anda!

 

#1 First Aid Kit

Kecederaan dan kemalangan boleh menimpa tanpa diduga. Sekiranya masuk hutan terutamanya untuk trip hiking, kita pasti melalui kawasan berduri, dahan-dahan yang tajam serta melalui permukaan muka bumi yang pelbagai. Jadi jangan ambil mudah tentang peti keselamatan ini.

Paling kurang seorang dalam kumpulan hiking kita perlu ada peti pertolongan cemas ini. Lebih elok kalau setiap seorang ada bawa sendiri.

 

#2 Lampu suluh

trip hiking

Ini adalah keperluan asas yang perlu ada. Dalam hutan terutamanya pada waktu malam ataupun ketika tiada sinaran matahari, lampu suluh ini akan sangat – sangat membantu anda untuk melihat, bergerak serta untuk orang lain melihat anda.

 

#3 Pisau/parang

pisau

Penting ketika di dalam hutan dan trip hiking. Boleh dijadikan senjata ketika berhadapan dengan ancaman binatang, untuk membuat tanda jika tersesat dalam hutan serta membuat laluan dan menebas semak untuk membuat laluan. Jangan masuk kedalam hutan tanpanya!

 

#4 Mancis atau lighter

Nampak kecil, tetapi peranannya teramat besar. Terutamanya sekiranya anda akan berada di dalam hutan dan trip hiking untuk satu tempoh yang lama. Boleh digunakan untuk membuat unggun api bagi mengharungi kesejukan malam, memanaskan dan memasak makan serta menghidupkan api sebagai isyarat kecemasan.

trip hiking

#5 Peta dan kompas

Kita mungkin ada GPS dan kompas di telefon bimbit, tetapi bagaimana jika tiada akses GPS di tempat kita pergi? Atau telefon kita kehabisan bateri? Jadi perlu ada peta tempat kita mahu pergi dan kompas untuk bantu kita jika tersesat. Kadangkala cara old skool ni yang membantu kita terutamanya jika geng hiking kita dari kalangan geng otai-otai.

Sedang mencari seluar untuk aktiviti hiking anda? KLIK SINI untuk baca tips pilih seluar hiking dan camping dari otai


#6 Ponco

Cuaca tidak dapat diduga. Biasanya kita sangka panas sampai ke malam, rupanya hujan di siang hari. Terutamanya di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi kita tidak boleh terlalu bergantung dengan ramalan cuaca. Perlu sediakan juga ponco ini sebagai langkah berjaga-jaga. Sekiranya tiada, mood hiking kita pasti akan terganggu.

 

#7 Powerbank

Dalam dunia serba moden ini, powerbank adalah sumber tenaga simpanan anda di kala anda pergi hiking. Seperti kita tahu, hutan tiada sumber elektrik, tidak sekali plug point untuk anda mengecaj telefon bimbit anda. Ianya juga berguna untuk barangan elektronik anda yang lain. Bak kata orang, powerbank ini umpama ‘nyawa’ kita.

 

Ok sekarang anda sudah tahu apa barang yang perlu anda bawa untuk trip hiking anda selepas ini. Apa lagi?

Jom hiking!

Leave a Reply